Thursday, November 26, 2015

sabun baru. siapa nak beli?

yay! harini hari khamis dan hari ni saya tak ikut mak pergi kerja sebab mak saya MC. jadi kat rumah saya rasa bosan jadi saya buat sabun. (^_^)

     harini kami membuat sabun sebanyak 20 biji sabun.

  Sabun sabun yang kami buat ialah sabun:
  
  sabun rectangle 2 biji

rm 5 sebiji.
berat lebih kurang 40 gram

  sabun love 2 biji

rm 5 sebiji
berat lebih kurang 45 gram

  sabun ros kecil 6 biji

rm 2  dua biji
separuh bulatan 2 cm

  sabun kerang yang dulu 2 biji (beli 1 free 1 ros kecil)



rm 5 sebiji
lebih kurang 80 gram

  sabun ros sederhana 1biji

rm 2 sebiji
11 gram

  sabun bujur 2biji 

rm 5 sebiji
berat lebih kurang 40 gram

  sabun kura kura 1 biji

rm3 sebiji
lebih kurang 30 gram

  sabun gajah 1 biji

rm3 sebiji
lebih kurang 30 gram

  sabun beruang 1 biji

rm3 sebiji
lebih kurang 30 gram

  sabun ikan 1 biji

rm3 sebiji
lebih kurang 30 gram

  sabun daun 1 biji

rm3 sebiji
lebih kurang 30 gram

  sabun lolipop 1 biji

rm3 sebiji
lebih kurang 30 gram

  sabun ros besar 1 biji

rm3 sebiji
lebih kurang 30 gram
dan gambar kesemua sabun:


Monday, November 23, 2015

Projek cuti sekolah saya.

Selamat bercuti! Hari ini hari Isnin pertama cuti sekolah. Semasa cuti nanti, saya teringin buat projek sabun-sabun yang comel seperti di bawah (Gambar-gambar ini dari fb mysabun.com.my dan Aurapersona.com):






Emak saya juga sudah membeli soap base yang besar berbanding soap base yang emak saya beli sebelum ini. (^_^).
Comel-comel kan? Kalau minat mana-mana design di atas ni, beritahulah kami, mungkin kami boleh cuba buatkan  (^_^) ! Ini nombor Whatsapp kami: 019-2163430. Selamat bercuti!

Jualan untuk Derma Sekolah

Pada awal bulan November 2015, kami membuat beberapa biji sabun dengan pelbagai warna, rupa dan wangian. Hasil jualan sabun ini didermakan kepada tabung sekolah. Sekolah kami memerlukan dana untuk membina bangunan baru di Bukit Katil. Selain menjual kepada kawan-kawan di kelas, kami juga menjual sabun ini semasa program jualan Hari Koperasi Sekolah.

Sabun yang kami buat ialah

Sabun kecil 3 warna dan sabun kecil berwarna hijau (20-40 gram) dijual RM2
Yang hijau berbau spearmint. Sungguh segar! Yang warna-warni pula diletakkan bau mengikut warna. Warna oren letak minyak pati oren, warna pink dan merah letak haruman wild berry dan ros, warna biru letak haruman ocean. Sabun berwarna ni sebenarnya nak ikut resepi sabun pelangi dari buku Variasi Seni Kraf Sabun, tapi pewarna biru terletak banyak sangat.

Sabun Awan Kembali Biru (20-40 gram) dijual RM2
Kami namakannya Awan Kembali Biru kerana jerebu sudah tamat :) Ini kali pertama kami mencuba sabun kaedah pusaran.

Sabun bentuk hati besar (60 gram) dijual RM4. Sabun ini ada 2 lapis, lapisan merah berbau rose geranium, lapisan hijau berbau spearmint.


Sabun cupcake 85 gram dijual RM5. Sabun cupcake masih ada stok lagi 2 biji. 

Sabun ini terdiri dari 3 lapisan "air" dan "2 ekor kerang di atas air". Bahagian "air" diletak haruman minyak pati spearmint dan ocean.
Sabun-sabun yang sudah dibungkus plastik cling wrap supaya tidak berpeluh

Gembira sungguh sebab dapat mendermakan hasil jualan kepada sekolah. Semoga sekolah saya akan maju dan melahirkan pemimpin masyarakat.

Kalau anda berminat nak beli sabun cupcake kerang di air (ada 2 biji saja lagi!), sila whatsapp 019-2163430 ya.

Sabun Pertama

Kali pertama kami membuat sabun ialah di gerai sabun di AEON Melaka. Saya, adik saya, dan dua orang sepupu masing-masing membuat satu sabun cupcake.

Tidak lama kemudian, emak membeli 1kg soap base. Kami menggunakan separuh untuk membuat sabun kegunaan sendiri. Yang merah diletak pewangi ros dan minyak pati rose geranium, yang hijau diletak pewangi pandan kesidang, yang purple diletak pewangi lavender, yang coklat diletak minyak pati tea tree. Hmm, harumnya semasa mandi!


Beberapa lama kemudian, kami menggunakan separuh lagi soap base untuk membuat beberapa biji sabun untuk dijual kepada kawan-kawan. Kami meletakkan wangian ros, minyak pati Rose Geranium, dan mewarnakan semuanya merah. Kami menjual setiap sabun ini dengan harga RM2 bagi yang kecil, dan RM3 bagi yang besar.

12 biji sabun kecil, 2 biji sabun besar
 Sabun-sabun kecil

 Sabun-sabun besar

Semuanya

Kami rasa gembira kerana dapat membuat dan menjual sabun yang comel dan wangi.