Monday, November 23, 2015

Jualan untuk Derma Sekolah

Pada awal bulan November 2015, kami membuat beberapa biji sabun dengan pelbagai warna, rupa dan wangian. Hasil jualan sabun ini didermakan kepada tabung sekolah. Sekolah kami memerlukan dana untuk membina bangunan baru di Bukit Katil. Selain menjual kepada kawan-kawan di kelas, kami juga menjual sabun ini semasa program jualan Hari Koperasi Sekolah.

Sabun yang kami buat ialah

Sabun kecil 3 warna dan sabun kecil berwarna hijau (20-40 gram) dijual RM2
Yang hijau berbau spearmint. Sungguh segar! Yang warna-warni pula diletakkan bau mengikut warna. Warna oren letak minyak pati oren, warna pink dan merah letak haruman wild berry dan ros, warna biru letak haruman ocean. Sabun berwarna ni sebenarnya nak ikut resepi sabun pelangi dari buku Variasi Seni Kraf Sabun, tapi pewarna biru terletak banyak sangat.

Sabun Awan Kembali Biru (20-40 gram) dijual RM2
Kami namakannya Awan Kembali Biru kerana jerebu sudah tamat :) Ini kali pertama kami mencuba sabun kaedah pusaran.

Sabun bentuk hati besar (60 gram) dijual RM4. Sabun ini ada 2 lapis, lapisan merah berbau rose geranium, lapisan hijau berbau spearmint.


Sabun cupcake 85 gram dijual RM5. Sabun cupcake masih ada stok lagi 2 biji. 

Sabun ini terdiri dari 3 lapisan "air" dan "2 ekor kerang di atas air". Bahagian "air" diletak haruman minyak pati spearmint dan ocean.
Sabun-sabun yang sudah dibungkus plastik cling wrap supaya tidak berpeluh

Gembira sungguh sebab dapat mendermakan hasil jualan kepada sekolah. Semoga sekolah saya akan maju dan melahirkan pemimpin masyarakat.

Kalau anda berminat nak beli sabun cupcake kerang di air (ada 2 biji saja lagi!), sila whatsapp 019-2163430 ya.

No comments:

Post a Comment