Tidak lama kemudian, emak membeli 1kg soap base. Kami menggunakan separuh untuk membuat sabun kegunaan sendiri. Yang merah diletak pewangi ros dan minyak pati rose geranium, yang hijau diletak pewangi pandan kesidang, yang purple diletak pewangi lavender, yang coklat diletak minyak pati tea tree. Hmm, harumnya semasa mandi!
Beberapa lama kemudian, kami menggunakan separuh lagi soap base untuk membuat beberapa biji sabun untuk dijual kepada kawan-kawan. Kami meletakkan wangian ros, minyak pati Rose Geranium, dan mewarnakan semuanya merah. Kami menjual setiap sabun ini dengan harga RM2 bagi yang kecil, dan RM3 bagi yang besar.
12 biji sabun kecil, 2 biji sabun besar |
Sabun-sabun kecil
Sabun-sabun besar
Semuanya
Kami rasa gembira kerana dapat membuat dan menjual sabun yang comel dan wangi.
No comments:
Post a Comment